Assalamualaikum..
KLIK PADA BANNER
Baru tak sampai 24 jam aku update entri yang mengatakan aku akan sibuk dengan kerja-kerja baru. Tetibe pulak aku join segmen ni ek? ini semua POYO Memang aku TERtarik dengan tajuk segmen ni. Aku tak kisah kalau tak menang, asalkan dapat memeriahkan segmen dari kawan-kawan kita.
Kelebihan yang patik ada tidaklah sehebat seperti rakyat jelata yang lain, tapi ingin sangat patik nukilkan sedikit 'keupayaan' patik pada segerombolan makhluk di planet Bumi ini (rosak bahasa weii).
Berikut merupakan anugerah yang Allah SWT beri pada aku:
1. Boleh letak siku kat mulut dan telinga. Ahaks..
2. Boleh garu badan dan kepala guna kaki. Kaki jugak boleh digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh tangan. Selalunya kaki memainkan peranan waktu tangan patah.
3. Boleh ingat apa yang orang lain tak berapa ingat. Bukan riak, tapi serius aku geram bila orang jadikan aku 'kalendar' sebab aku boleh ingatkan diorang apa-apa perkara yang patut diingat.
4. Boleh main piano, keyboard dan gitar dalam keadaan mata tertutup. Aku akan buat macam ni bila tak boleh tidur. Nanti automatik muzik yang aku mainkan tu jadi lullaby walaupun muzik macam tongkang pecah.
5. Suara aku halus macam Alvin and the Chipmunks, tapi secara jujurnya aku boleh menyanyi lantang macam Black dan Masatoshi Ono (Galneryus). Serius tak tipu, tapi aku taknak menyanyi sebab tak semua orang dalam ahli keluarga aku dengar suara aku yang sebenar. Aku seorang yang amat pemalu ini semua POYO. Dan aku akan pegang prinsip suara perempuan itu aurat, jadi buat apa aku nak tunjukkan?
6. Boleh minum air Nescafe lebih dari 4 kali sehari. Ehh tu kelebihan ke??
7. Boleh tahan lapar selama sehari. Kira kelebihan la jugak kan, hee..
8. Boleh hafal sesuatu perkara dengan cepat. Tapi sayangnya boleh lupa sesuatu perkara dengan cepat jugak..
9. Boleh makan dan minum dalam keadaan baring. Kalau aku tak larat sangat nak duduk, aku akan mengiring ke kanan dan makan guna sudu. Bila sakit badan, aku dengan selamba tenuk minum dalam keadaan baring tanpa guna straw. Benda ni aku buat sejak kecik lagi masa belum boleh duduk, sebab tu aku dah biasa. Bak kata abah "Kita jangan tiru cara dia (aku) makan, perut dia dah terbalik". xD
10. DAN yang paling istimewa sekali tentang diri aku ialah, aku memang dilahirkan menjadi 'anak istimewa'. Bukan semua orang ada kad OKU macam aku. Ada faham? :)
Sekali lagi ditekankan, aku bukan riak ataupun takbur dengan kelebihan yang aku ada, cuma nak kongsikan sedikit apa yang Allah kurniakan untuk aku. Korang join la segmen ni sekali. Nak jugak tahu kelebihan yang korang ada, mesti lebih osem.
Sekian, saya mahu mensibukkan diri semula.. kali ni serius aku sibuk.
Assalamualaikum..
Pertama sekali nak ucapkan padan muka kat diri sendiri terlebih dahulu. Sejak habis sekolah lagi aku dah cakap yang aku BOLEH dan TAHU nak bahagikan masa sebagai penulis, pemuzik, blogger, dan yang sewaktu dengannya. Sekarang? Rasa macam dah nak botak Mediterranean dibuatnya, even aku masih tak sambung belajar tapi waktu jadual harian aku serius padat!
Kadang-kadang tengah fikiran kusut tu melodi baru tiba-tiba datang. Bila tengah rakam muzik, aku dah lupa balik kaedah nak buat rangka novel. Bila study balik dan buat research, dan-dan pulak ada kawan yang tanya itu ini pasal blog.. kang tak balas takut ada yang terasa. Malam pulak aku rasa bertanggungjawab nak teman DJ merangkap geng aku yang baru buat radio rock online.. bila rasa nak update blog, ehh dah pukul 3 pagi rupanya.. haishh, sekarang nak cukupkan waktu tidur memang payah..
Jadi akhir-akhir ni aku TERpaksa 'menyombongkan diri' seketika untuk menyemak dan menepek komen pada blog korang. Santabi! (maaf dalam Bahasa Batak/Mandailing)
Iklan: Lagi 3 hari aku dah nak jadi remaja tua, haishhh botak-botak.. (=_=")
Assalamualaikum..
Gambar yang di print screen masa Jumaat lepas tapi baru hari ni nak publish. Rosak ke link kat atas kiri tu? Bila tengok bilangan pengunjung kat tempat Cik Lyssa aku tengok ok je. Macam pelik pulak tengok bilangan penceroboh beratus-ratus. Serius pelik, tak dapat jawab soalan math pun takde rasa pelik macam ni. Aku rasa pelik sebab pageviews aku tak bertambah walaupun visitors macam berlambak je.
Err, sekarang pun viewers kat blog aku dalam 10-20 orang keatas. Grr, tau la polower ai tak banyak tapi ai tak suka menipu hoccay..
#Terasa macam pakai cheat code pulak, zzz..
Assalamualaikum..
Rindu dekat blog.. rindu nak membebel kat blog geng-geng yang lain. Sejak demam mengejut aku TERpaksa buat-buat tak ingat yang aku ada akaun blog. Heh..
Macam yang aku cakap sebelum ni, aku akan ceritakan kisah ataupun kaitan antara aku dengan langit, awan, pokok, dan bangunan.
Dulu, aku tak boleh duduk. Aku boleh baring je. Jadi, banyak benda yang aku tak dapat tengok kat dunia ni. Contohnya, masa nak pergi sekolah ataupun hospital, aku akan nampak 4 jenis yang aku cakap tadi tu sahaja. Awan adalah hiburan aku, aku boleh nampak macam-macam bentuk awan. Kadang-kadang tergelak sorang-sorang bila nampak rupa bentuk yang kelakar (syok sendiri).
Kalau pokok aku cuma nampak daun je dan bangunan pulak tingkat yang paling atas je yang aku boleh nampak. Pernah dulu aku TERbuat satu lawak bodoh, satu hari tu aku tak dapat datang ke sekolah untuk ambik hadiah tempat kedua dalam peperiksaan akhir tahun. Jadi masa balik dari hospital, abah tiba-tiba berhentikan kereta beliau dan mak terus keluar dari kereta. Aku fikir abah suruh mak ambik hadiah aku kat sekolah. Bila mak masuk kereta balik aku tanya la soalan seperti:
"Mak, mana hadiah periksa orang?"
"Aik, kat rumah la kot. Kenapa?"
"Eh, tadi mak pergi mana?"
"Eh, tadi mak pergi mana?"
"(tahan gelak) Beli lauk kat pasar la yang.."
Haishh, rasa malu pulak bila teringat balik.. -_-"
Masa umur aku 6 tahun ke bawah abah cuma ada motor je. Nak tak nak TERpaksa la mak aku jadi stuntwoman pegang aku yang terbaring tu tanpa peluk suaminya yang tercinta. I lebiu mak (tapi tak cakap depan-depan beliau, huhu). Bila dah ada kereta, aku masih baring kat tempat duduk belakang. Aku ingat lagi masa umur 9 tahun mak pernah terkejut tengok anak dia 'hilang'. Sebenarnya tak hilang pun, aku ada tapi tengah duduk. Haha.. siapa expect budak yang tak reti nak buat apa-apa selain dari baring tu tiba-tiba boleh duduk pulak. Aku saja je nak belajar duduk tiba-tiba boleh duduk dengan elok.
Doktor pernah cakap, aku takkan dapat duduk sebab tulang paha aku bengkok dan risiko tinggi boleh patah. Tapi aku kan degil, langgar jugak arahan doktor.. tapi kalau aku tak ambik risiko, mungkin sampai sekarang aku baring je kot, hehe..
Bila fikir balik, seronok jugak kan pengalaman plus kenangan dulu-dulu ni. Kekurangan masa dulu buat kita hargai bila dah besar. Sekarang aku dah boleh duduk, siap dah boleh ngorat ABAM lori gitu.. xD
boleh nampak rumah lawa-lawa, boleh tengok kereta-kereta yang smart. Ohh lagi satu, boleh posing maut masa lalu kat AES. LOL..
Apapun, aku tak pernah menyesal dengan zaman kanak-kanak aku dulu.
Praise to Allah.. :)
Assalamualaikum..
Gambar diatas merupakan besi K-wire yang telah berjaya dikeluarkan di tangan kanan aku pada 14 Februari 2011. Ini pembedahan kali pertama dijalankan di tangan kanan aku yang comel pada hujung bulan Oktober 2001. Ia TERpaksa dikeluarkan akibat besi ni dah bergerak sikit menyebabkan dia TERjatuh ke siku. Bila aku nak tahan badan dari terjatuh, benda tajam tu terasa betul-betul ada kat situ.. euwww, dulu aku takde la ngilu sangat, bila tau rupa sebenar besi ni terus rasa seriau. sekarang ada 6 lagi besi yang sama kat kedua belah kaki dan tangan kiri aku.
Sekarang ni semua besi yang ada kat badan aku rasa macam dah bergerak sikit. Besi kat tangan kiri macam dah terkeluar sikit dari pergelangan tangan, besi kat kaki kiri aku rasa dah timbul kat lutut dan besi kat kaki kanan aku terasa dia ada kat tumit kaki. Nak pijak memang payah. Tapi bila bagitau nanti doktor suruh buat operate pulak. Malas la, boring dah asyik kena masuk operating room je.. -_-
Ohh lagi satu pengalaman aku pada tarikh yang sama tapi tahun yang berbeza (2010) ialah masa kali pertama beli laptop Acer.
Sumpah aku tak reti langsung guna komputer waktu tu. Nak gerakkan cursor tangan menggeletar, abang aku ajar klik kanan, aku betul-betul klik anak panah kanan kat keyboard. Aku klik folder banyak kali tapi tak masuk jugak, rupanya kena tekan double click. Aku tak tahu apa itu Google, tak reti download. Orang ajar tekan button download aku pi tekan Ctrl+S (save page as), pastu dah siap Ctrl+S aku cakap "Uish, lajunya internet malam ni.. baru download tak sampai seminit dah siap.." akhirnya aku kena gelak dengan adik-beradik aku yang lain.
Dalam masa sebulan lebih, aku TERberjaya tukarkan segala format dalam komputer aku kepada satu jenis format sahaja. Waktu tu nak cuba install game Plants VS Zombie sendiri tanpa bantuan orang lain. Entah apa yang aku godek-godek, tiba-tiba semua fail bertukar ke format untuk bukak game tersebut. Disebabkan laptop waktu tu cuma boleh terima satu jenis format je, aku pun tukarkan ia ke permainan mahjong. Mak aku suka gila main mahjong ni, bagi mengelakkan dia marah kenapa laptop aku boleh jadi macam tu, aku TERpaksa pancing dia dengan cara lain. Huhu.. beberapa bulan kemudian, akak aku tolong hantar ke kedai, kena bayar RM50..
Sampai sekarang aku takkan usik fail game ni. NAK TENGOK PUN TAK HINGIN! (trauma)
Itu antara pengalaman yang paling aku ingat berlaku pada 14 Februari. Takde kena mengena dengan hari kekasih yang orang kita suka sambut sekali. Sejak kecik lagi aku tak suka sambut benda tu sebab mak dah cerita asal-usul velentaindey ni.
Lepas ni aku nak buat entri pasal hidup aku antara Langit, Awan, Pokok, dan Bangunan pulak. Macam dalam subjek Komsas pulak rasanya. Tunggu aku larat sikit baru update, lepas balik dari Taiping sakit kepala makin menjadi-jadi pulak. Aku jenis tak suka makan ubat, bukan sebab takut.. tapi sebab aku lagi suka tahan sakit dari makan ubat. Boleh gitu? (alasan)
Assalamualaikum..
Satu lagi rabu tanpa kata yang ingin aku kongsikan untuk hari ni..
Perkara ni berlaku pada 9 Januari lepas bersamaan hari rabu..
Thanks a lot to all my dearest friends, siblings and also my bestie, mak untuk sokongan yang tak berbelah bahagi.. ♡
Sesiapa yang pernah jumpa aku face to face, semuaaaaa orang tahu perangai aku macam mana. Cakap sikit gelak, cakap sikit gelak, gelak sikit cakap. Orang kutuk aku pun aku gelak. Aku tak reti nak tunjuk muka sedih dan marah depan orang. Tapi sekali aku down, memang aku akan rasa diri ni terhina dan terlalu tak berguna. Waktu tu aku akan diam memanjang untuk muhasabah diri dan cuba mengelak untuk menangis. Sedih pun tak guna, buat rugi diri sendiri je. Betul tak? Ok taknak membebel lagi, nampak sangat aku tak faham konsep rabu tanpa kata.. -_-
Assalamualaikum..
Aku mintak maaf sebab tak dapat nak susun dengan baik tajuk buku, novel, dan komik ni. Mungkin lepas ni dah ada masa baru aku susun semula. Tekan Ctrl+F bagi memudahkan carian.
1. Cinta Awek Dan Pakwe - Hasrudi Jawawi (Buku Prima)
2. Sebenarnya, Saya Isteri Dia! - Zura Asyfar (Karya Seni)
3. Love Playgirl - Siti Nur Dhuha (Buku Prima)
4. Cinta Pandang Ke-2 - Laila Kamilia (Alaf 21)
5. Bening Merah Jingga - Nazurah Aishah (Jemari Seni)
6. Aku Dia & .Com - Daisy Zahra (Kaki Novel)
7. Cinta Berinti Kasih - Ami Amilia (Fajar Pakeer)
8. Kuseru Rindu Itu - Hanni Ramsul (Kaki Novel)
9. Ingat Janji Kita - Murni Aqila (Alaf 21)
10. Cinta 3 Suku - Herna Diana (Alaf 21)
11. Spanar Rindu Skru - Emma Maizura (Alaf 21)
12. Sweet Sour - Nasz (Jemari Seni)
13. Rembulan Pujaan - Antasya Balkis (Buku Prima)
14. Aku Yang Menanti - Haiza Najwa (Alaf 21)
15. Suami Yang Kubenci - E-man Sufi (Karya Seni)
16. Dan Hati Pun Berkata - Nurriez (Karya Seni)
17. Pabila Cinta Memanggilku - Syamnuriezmil (Karya Seni)
18. Akukah Juwita? - Rina Farizq (Kaki Novel)
19. Tirai Semalam - Adriana Zahra (Buku Prima)
20. Vila Amira Syakila - Ebriza Aminnudin (Buku Prima)
21. Kau Kuseru - Hasrudi Jawawi (Buku Prima)
22. Takdir Itu Milik Aku - Siti Rosmizah (Siti Rosmizah Publication)
23. Jangan Ganggu Lenaku - Haiza Najwa (Alaf 21)
24. Angel In The Devil's Suit - Kaseh Esmiralda (Kaki Novel)
25. Teman Serumah - Zuera Rasididn (Fajar Pakeer)
26. Contengan Jalanan - Hlovate (Jemari Seni)
27. Versus - Hlovate (Jemari Seni)
28. Rooftop Rant - Hlovate (Jemari Seni)
29. Jet Jonah - Ika Madera (Jemari Seni)
30. Baju Melayu Hijau Serindit - Syud (Jemari Seni)
31. Dia & Dia - Bunick Firdaus (Jemari Seni)
32. Lafazkan Kalimah Cintamu - Siti Rosmizah (Siti Rosmizah Publication)
33. Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah (Buku Prima)
34. Cinta Kau Dan Aku - Siti Rosmizah (Buku Prima)
35. Baju Pengantin Mak Andam - Areila Sahimi (Kaki Novel)
36. Sepupuku Suamiku - Lynn Allyna (Kaki Novel)
37. Jodoh Atau Cinta - Iman Nizrina (Kaki Novel)
38. Yang Tak Terluah - Puteri Andalas (Kaki Novel)
39. Seteguh Kasih Aina Najihah - Dina Najat (Kaki Novel)
40. Gelak Tergolek - Wann Azlan (Kaki Novel)
41. Biarlah YM Berbicara.... - Hanni Ramsul (Kaki Novel)
42. Pergilah Air Mata - Hanni Ramsul (Kaki Novel)
42. Pergilah Air Mata - Hanni Ramsul (Kaki Novel)
43. Kasih Vila Cinta - Haiza Najwa (Kaki Novel)
44. Tiada Sepertimu - Anita Aruszi (Kaki Novel)
45. Sesuci Kasih Seorang Isteri - Dzie Tyea (Kaki Novel)
46. Kau Milikku - Aisha Hamza (Kaki Novel)
47. 7 Hari Mencintaiku - Siti Rosmizah (Siti Rosmizah Publication)
48. Panggil Aku Dahlia - Noor Suraya (Jemari Seni)
49. Hujan Rindu - Anita Aruszi (Fajar Pakeer)
50. Mungkin Nanti... - Anita Aruszi (Fajar Pakeer)
51. Dan Rindu Pun Bertamu - Wijdan Syauqina (Fajar Pakeer)
52. Biarkan Cinta Hadir - Adah Hamidah (Fajar Pakeer)
52. Biarkan Cinta Hadir - Adah Hamidah (Fajar Pakeer)
53. Cinta Dari Istana - Adah Hamidah (Fajar Pakeer)
54. Hingga Ke Disember - Wannie Nordin (Fajar Pakeer)
55. Salahkah Aku? - Aimee Nour (karnaDya)
56. Pulut Sakura Serunding Kasih - Leyla Shuri (karnaDya)
(Jemari Seni) Tiga Ceritera dalam Sebuah:
57. Tinta - Nasron Sira Rahim / Syud / Pingu Toha
58. Damai - Saidatul Saffaa / Syud / Noor Suraya
59. Pelangi - Hlovate / Syud / Noor Suraya
60. Warna - Nazurah Aishah / Rnysa / Nasz
(PTS One)
Siri Adam Kecil: Ashadi Zain / Fred Suriya
61. Debaran Buku Biru
62. Hampir Kena Tangkap!
63. Lari Dari Rumah
64. Bertarung Dengan Serangga
65. Konspirasi Doktor
66. Sungai Khayalan
67. Dicakar Hantu - Zalimatunura Isa
68. Terlebih Makan
69. Sakit Gigi
70. MERDEKA!
71. Sedapnya
Ainin Naufal
72. Melah Melia
73. Melah Melia 2
74. Melah Melia 3
75. Melah Melia - Rombongan Ke Pangkor
Farihah Iskandar
76. Dear Yayah
77. Dear Yayah 2
78. Dear Yayah 3
79. Dear Yayah 4
80. Dia Istimewa - Ainin Naufal
Kusyi Hirdan
81. Mengapa Aku Jadi Pengetua?
82. Mengapa Aku Masih Jadi Pengetua
83. Mengapa Aku Rela Jadi Pengetua
84. Zara Misi Mustahil?
85. Selamat Hari Raya The Silver
Ain Maisarah
86. Aku Mahu Popular
87. Aku Mahu Saiz S
88. Cinderellah VS Rapunzellah - Ain Maisarah dan Izanor Sharif (Blink Book Sdn Bhd)
Ezee Rahmani
89. Sarah Dan Kasut Tumit Tinggi
90. Sarah Dan Bunga Mawar
91. G.I.M [Gemuk Itu Menarik] - Ida Rizyani / Talhah
92. Matahara - Haslisa Ramli / Fred Suriya
93. Untuk Syampoo - Alif Firdaus Azis
94. Remaja@ptsone 2009 [Edisi Raya]
95. Sekolah Kampung? - Natasha Effyzal
96. Sahabat Kole Kacang - Ahmad Zafran Abdul Mutalib / Mohd Faisal Nordin
97. Apabila Bola Melantun - Hakimi Muhammad
98. Lompat Tikam, Belalang Goreng - Nik Faridah
Muhd Alif Redzuan / Sanimah Hussin
99. Koleksi Cerita Rakyat Jepun (2)
100. Koleksi Cerita Rakyat Jepun (3)
Lain-lain
101. Alahai Jijah! - Dihsar Ludba Haqifa (JS Adiwarna: Si Manis 17)
102. Langsir Biji Remia - Noor Suraya (JS Adiwarna: Si Manis 17)
103. Ini Buku Seram - Remanshah (karnaDya)
104. Aku Kau & Komik (Komik-M)
105. Orang Kuat - Alif Firdaus Azis (Komik-M)
106. Komik Raya #1 (Komik-M)
107. Oh Tidak - Aedes / Ezzah Fatin (Cakcibor)
108. Hai Kelas! - Ai Zan / Syed Nabil (Cakcibor)
109. Pengembaraan Fantasi - dLyn aZmi (karnaDya)
110. Dunia Kartun - Alif Firdaus Azis (Komik-M)
111. Lawak Ajelah! - Jennifer Sturman (Red Dress Ink)
112. Minggu Haru-Biru - Jennifer Sturman (Red Dress Ink)
113. Cucur Bawang & Kopi 'O' - Hasrudi Jawawi (Buku Prima)
Nanti aku update novel Inggeris pulak kat entri ni.
Assalamualaikum..
Intro
Di malam nan sepi
Termangu sendiri
Bagai melihat bayanganmu menemaniku
Kucuba amati
Nyata bukan ilusi
Lantas kusedar hanya khayalan disampingku
Chorus
Kelibatmu yang semakin pudar
Merindumu bagai dijentik rasa pilu
Hati sayu tatkala terpisah
Entah bila kitakan bersua
Ending
Ku pejam mataku
Dan helah nafasku
Namun masih tidak dapat mencari ketenangan
Ku hanya berserah
Pada Yang Esa
Agar harapan ini akan dimakbulkan
Suatu masa nanti...
Jiwang tak aku? Aku sendiri pun nak termuntah bila baca balik lirik lagu yang aku buat tahun lepas. Nyanyi untuk diri sendiri je boleh la.. kalau nyanyi untuk orang lain takut ada pendarahan kat telinga pulak. Heheh.. lagu ni sungguh simple, melodi ala-ala orang malas nak buat lagu. Tapi yang pasti, lagu ni aku TERcipta masa pukul 9-10 malam, termenung sorang-sorang sambil main gitar kapok.. memang lirik ni keluar dari luahan hati aku. Sebab seseorang dulu aku jadi minah jiwang. Sekarang jangan harap, sebab tu bahasa aku agak kurang sopan dengan mana-mana member kaum Adam yang aku kenal sekarang. Sebab aku taknak jadi lembik macam dulu, sekian.
Assalamualaikum, ni hao.. ni zenme yang?
Sempena CNY hari esok, aku tiba-tiba teringat kisah 5 tahun lepas. Kisah anak dara Pak Zali yang menggatal dengan seorang 'apek'. Hehe..
Sebenarnya cerita ni lama lagi aku nak publish sebab pengalaman sekolah aku nak cerita step by step, tapi tak tahan pulak rasanya nak berkongsi kisah tak sweet langsung ni. Huhu..
Masa awal Januari 2008, aku kena tukar sekolah yang jauh sikit dari rumah aku, penangan kena buang sekolah masa tingkatan 1 punya pasal. Nanti aku cerita sebab musabab kena buang sekolah.. jadi bila dah sampai ke sekolah baru ni, aku tak dapat nak belajar pada minggu pertama sebab semua bilik darjah ada kat tingkat atas. Yang ada kat bawah cuma bilik guru, pejabat, dengan bengkel je.
Keluarga aku memang beria-ia nak aku sambung belajar kat sekolah tersebut sebab ada pendidikan khas. Kisah aku tukar sekolah ni sama je macam dalam filem 1 Litre of Tears tu. Lepas aku terima dengan redha dan betul-betul bersedia jadi 'manusia istimewa', mak apply kat pengetua sekolah untuk tempatkan aku kat kelas khas.
Dipendekkan cerita, aku dapat belajar kat kelas biasa atas arahan pengetua. Pengetua jugak la dengan beraninya menukarkan bilik guru kepada bilik darjah aku. Sweet kan? :)
Tapi sementara tunggu proses penukaran kelas tu, pengetua suruh aku tumpang kat kelas khas dulu. Sampai je kat pintu kelas tu, Cikgu Sidah suruh aku duduk kat satu bahagian ni.
Dalam kelas tersebut telah dipecahkan kepada 5 atau 6 bahagian. Semua tu telah diasingkan untuk murid yang boleh belajar, syndrome down, dan lain-lain. Kelas yang aku duduki ialah kelas pertama yang mana semua pelajar itu boleh belajar dengan baik.
Seorang pelajar perempuan yang duduk depan aku hulurkan tangan. "Hai, nama siapa?"
Aku senyum dan sambut huluran tangan dia. "Hai, Nabihah."
"Hah siapa?"
"Nabihah." (dengan nada yang cuba dilembutkan)
Tiba-tiba berubah muka pelajar perempuan ni, dia terdiam kejap. Lama-lama dia tergelak. Kawan-kawan yang perasan respon pelik tu tanya la kenapa dia gelak macam tu. Aku risau la jugak sebenarnya sebab nampak sangat member baru aku ni tengah gelak bersungguh-sungguh.
Rupa-rupanya sikit punya hal je, sambil gelak tu dia halakan jari telunjuk dekat aku kemudian tunjuk kat diri dia pulak. "Nama kitorang sama.."
Laaa.. itu je ke. Tapi tu la first time aku jumpa orang yang nama sama. Disebabkan dia tua 3 tahun dari aku, aku panggil dia kak Nabihah. Nama dia Najwa Nabihah, kawan-kawan suruh bahasakan diri dia Najwa untuk elakkan kekeliruan 2 orang nama yang sama tapi kak Nabihah taknak. So sorang panggil akak sorang lagi panggil adik.
Wahh intro je dah panjang ni.. boleh sambung lagi? :)
Seorang lelaki berbangsa cina berkenalan dengan aku.
Tan: Nama awak Nabihah kan? Nama saya Tan Bing Hong.
Aku: Owh ok.. (sambil senyum gatal)
Tan: Umur berapa tahun?
Aku: 14 tahun. (sambil senyum gatal)
Tan: Ohh.. samalah kita.
Aku: Wahh yeke? Kebetulan kan? (sambil senyum gatal)
Eheh, sudah-sudah la senyum gatal tu cik iha..
Tan: Tinggal kat mana?
Aku: Kat Cheras..
Aku: Kat Cheras..
Tan: Ehh yeke? Sama jugak la!
Aku: Hah?? Kenapa saya tak perasan?
Aku: Hah?? Kenapa saya tak perasan?
Tan: Ya, saya tinggal kat situ..
Kak Nabihah: Nabihah jangan nak percaya sangat cakap Tan, dia tu nak mengorat je..
Aku: ???
Tan: *gelak*
Tan: *gelak*
(muka aku lepas kena tipu)
3 hari je aku tumpang kelas dia. Waktu diorang belajar aku cuma duduk diam sambil perhatikan kawan-kawan yang lain buat kerja. Aku pernah join sekali buat kerja sekolah tapi sekejap je siap sebab diorang masih lagi belajar sifir. Baru aku faham kenapa pengetua tak bagi aku belajar kat situ. Aku duduk kat sebelah kanan Tan.
Tan sebaya Kak Nabihah tapi aku tak pernah panggil dia abang dan aku tak pernah jugak panggil nama dia. Bila aku dah dapat belajar macam biasa, aku terus 'terpisah' dengan dia. Sebab menurut pemerhatian aku, kawan-kawan sekolah ni susah nak berkawan dengan budak-budak 'istimewa'. Kesian diorang, disisihkan..
Bila pukul 9:40 pagi je mata aku akan melilau pandang keluar kelas. Waktu macam ni cikgu lebih leka menulis kat blackboard dan aku akan curi-curi pandang luar. Kecuali cikgu Bahasa Melayu, setiap soalan yang dia tanya nama aku mesti dia sebut! 9:40 pagi adalah waktu kelas pendidikan khas beratur untuk pergi ke kantin (rehat). Kelas kitorang sebelah menyebelah, senang aku nak 'mengintai' ehem-ehem.. xp
Tak dinafikan, apa yang aku buat selalunya berbalas. Contoh, kalau aku curi-curi skodeng Tan, Tan pun skodeng aku jugak. Dia akan pandang dalam kelas selagi aku tak balas balik pandangan dia. Kadang-kadang cikgu kelas khas akan berdiri depan Tan dan ini akan menyebabkan pandangan kitorang terhalang dan terbatas (macam tau-tau je cikgu ni). Kalau mata bertembung, tangan kitorang terus terangkat dan melambai-lambai. Haha.. diorang awal setengah jam dari kelas aku kalau rehat dan waktu balik. Jadi pukul 12:40 diorang dah balik. 'Aktiviti' yang sama akan dilakukan kalau pandai cover dari cikgu dan member masing-masing..
Menurut cerita Kak Nabihah,Tan selalu tanya khabar aku kat dia kalau dah lama tak nampak aku datang sekolah. Tahun 2008 adalah tahun yang paling banyak kali aku kena operate. Jadi banyak kali jugak la aku ponteng, hehe.. dan ada jugak Kak Nabihah bagitau yang Tan selalu skodeng waktu aku belajar. Kadang-kadang dia panggil nama aku tapi aku tak perasan (bajet tengah tekun belajar lettew) dan bila aku rasa ada suara panggil, orang tu tak ada. Kak Nabihah ingatkan Tan panggil nama dia, sekali dia baru faham dan senyum..
Aku pernah mintak Kak Nabihah tanya Tan berapa nombor telefon rumah dia. Yelah, dulu tak semua orang ada handphone macam budak sekarang. Kalau ada pun mostly pakai model 3310 je kot, heheh.. rupa-rupanya Kak Nabihah cakap dia tinggal kat rumah anak yatim kalau tak silap. Tapi aku taknak kongsi kisah dia yang aku tahu serba-sedikit kat sini sebab takut TERbukak masalah peribadi orang lain. Mungkin waktu tu merupakan tahun terakhir dia belajar kat sekolah sebelum berpindah kat rumah makcik dia. Yelah dah cukup umur..
Sekarang aku tak tahu apa-apa pun khabar pasal Tan.. tipu la kalau cakap tak rindu kan. Kesimpulan yang aku dapat, dulu aku suka dia bukan bermaksud aku cintakan dia, tapi aku sukakan dia sebab selesa dan perasaan seronok nak belajar tu wujud lepas jumpa Tan. Kira macam dia ni lighter untuk aku belajar sungguh-sungguh la..
Sekarang umur Tan dengan Kak Nabihah dah 22 tahun. Oh lupa nak cakap, lepas Tan tak belajar kat sekolah tu, Kak Nabihah pun dah sambung belajar kat Johor. Aku pun belajar sampai hujung 2009 je kat situ, tahun berikutnya aku kena tukar sekolah LAGI. Tahun 2011, Kak Nabihah telefon aku ajak kenduri kahwin dia. Sekarang mesti Kak Nabihah dah ada anak-anak yang comel dan kiut-miut.
Kalau Kak Nabihah dan Tan TERjumpa belog aku ni, aku teringin nak sampaikan yang aku rindu giler dekat diorang. Dapat dengar khabar berita diorang pun dah cukup baik sangat. Waa.. panjangnya entri aku, korang rajin ke nak baca. Senang cakap, tahun 2008 antara tahun yang terbaik buat aku.. (tersengih)
Life isn't a matter Milestones
but of...
MOMENTS!
-Rose F. Kennedy
Assalamualaikum, kaifal haal? Ana bikhair, alhamdulillah..
Siapa tak setuju kalau aku cakap membaca itu jambatan ilmu? Siapa??
Ekceli masa kecik dulu aku sendiri tak percaya yang membaca buku ni menimba ilmu pengetahuan. Serius aku tak percaya.
Sebab? Dulu aku rasa buku yang betul-betul ada ilmu pengetahuan adalah buku teks sekolah sahaja..
Aku minat membaca, umur 5 tahun mak aku ajar baca suku kata dan 6 tahun aku dah boleh baca. Masa sekolah rendah aku sentiasa belajar kumpul duit untuk beli majalah ilmiahgiler baik dan masa nak masuk sekolah menengah, mak galakkan aku untuk membeli mini novel yang berunsur general dulu.
Tiap kali orang datang rumah dan ziarah aku, ada la jugak perasaan malu nak tunjuk koleksi buku-buku yang 'tak berfaedah' tu, dan pemikiran aku yang sungguh tak relevan ni serta-merta bertukar bila seorang pegawai atasan dalam polis memuji sifat aku.
CO: Adik suka membaca ya?
Aku: Err, ha'ah..
CO: Baguslah macam tu kalau adik ada minat membaca. Nanti pakcik cuba bagi sebuah buku.
Aku: Hee.. ok.
Aku terfikir, kira membaca ni hobi yang positif la ek? Bila aku cerita tentang ni dekat mak, beliau cuma mampu menggelengkan kepalanya sahaja dek kerana daya pemikiran anaknya yang TERlebih bijak. Hehe.. hasil restu dari mak, aku berjaya habiskan duit belanja sekolah untuk beli novel-novel yang ringan. Dekat hospital ada kedai buku, tiap kali ada appoinment aku bajet dalam RM20 untuk beli buku novel dan majalah. 10 kali pergi hospital, beratus-ratus la duit habis. Memang masa kecik dulu puas la hidup dengan kemiskinan harta lain tapi kaya dengan buku-buku yang dibeli.
Sejak dari itu, sehinggalah ke hari ini, aku dikira 'mampu' hasilkan mini library kat bilik sendiri. Aku tak takut sangat kalau budak-budak nampak bilik aku, sebab diorang takkan usik novel punya. TAPI AKU SANGAT TAKUT KALAU MAKCIK'S YANG NAMPAK NOVEL-NOVEL NI, bab pinjam laju je tapi lambat pulangkan balik, huhu. Berbeza dengan akak sulung aku, dia ada perpustakaan manga kat bilik dia pulak. Memang osem. Aku jadikan dia sifu jugak la. Bila orang datang rumah, bilik beliau HARUS dikawal supaya tak ada orang sepahkan dan ambik buku dia senyap-senyap. Selalunya kerja menjaga bilik dan 'zon bahaya' dalam rumah ni adik aku yang handle.
Sejak kitorang pindah rumah, rasa macam nak JUAL je buku-buku ni balik! Penat ooo kalau nak packing masa pindah. Tapi bila tengok dan tenung lama-lama buku tu sampai tembus dan berlubang, niat dibatalkan. Bertahun-tahun kumpul takkan nak 'lepaskan' balik. Lagipun dari buku-buku tu la aku boleh buat research kalau kawan-kawan aku ada masalah cintan-cintun. Aku dengar masalah ikut situasi dan aku akan cari bahan rujukan.
Entri seterusnya aku akan senaraikan beberapa buah buku yang telah berjaya mengopekkan duit aku, sekian.
Sebab? Dulu aku rasa buku yang betul-betul ada ilmu pengetahuan adalah buku teks sekolah sahaja..
Aku minat membaca, umur 5 tahun mak aku ajar baca suku kata dan 6 tahun aku dah boleh baca. Masa sekolah rendah aku sentiasa belajar kumpul duit untuk beli majalah ilmiah
Tiap kali orang datang rumah dan ziarah aku, ada la jugak perasaan malu nak tunjuk koleksi buku-buku yang 'tak berfaedah' tu, dan pemikiran aku yang sungguh tak relevan ni serta-merta bertukar bila seorang pegawai atasan dalam polis memuji sifat aku.
CO: Adik suka membaca ya?
Aku: Err, ha'ah..
CO: Baguslah macam tu kalau adik ada minat membaca. Nanti pakcik cuba bagi sebuah buku.
Aku: Hee.. ok.
Aku terfikir, kira membaca ni hobi yang positif la ek? Bila aku cerita tentang ni dekat mak, beliau cuma mampu menggelengkan kepalanya sahaja dek kerana daya pemikiran anaknya yang TERlebih bijak. Hehe.. hasil restu dari mak, aku berjaya habiskan duit belanja sekolah untuk beli novel-novel yang ringan. Dekat hospital ada kedai buku, tiap kali ada appoinment aku bajet dalam RM20 untuk beli buku novel dan majalah. 10 kali pergi hospital, beratus-ratus la duit habis. Memang masa kecik dulu puas la hidup dengan kemiskinan harta lain tapi kaya dengan buku-buku yang dibeli.
Sejak dari itu, sehinggalah ke hari ini, aku dikira 'mampu' hasilkan mini library kat bilik sendiri. Aku tak takut sangat kalau budak-budak nampak bilik aku, sebab diorang takkan usik novel punya. TAPI AKU SANGAT TAKUT KALAU MAKCIK'S YANG NAMPAK NOVEL-NOVEL NI, bab pinjam laju je tapi lambat pulangkan balik, huhu. Berbeza dengan akak sulung aku, dia ada perpustakaan manga kat bilik dia pulak. Memang osem. Aku jadikan dia sifu jugak la. Bila orang datang rumah, bilik beliau HARUS dikawal supaya tak ada orang sepahkan dan ambik buku dia senyap-senyap. Selalunya kerja menjaga bilik dan 'zon bahaya' dalam rumah ni adik aku yang handle.
Sejak kitorang pindah rumah, rasa macam nak JUAL je buku-buku ni balik! Penat ooo kalau nak packing masa pindah. Tapi bila tengok dan tenung lama-lama buku tu sampai tembus dan berlubang, niat dibatalkan. Bertahun-tahun kumpul takkan nak 'lepaskan' balik. Lagipun dari buku-buku tu la aku boleh buat research kalau kawan-kawan aku ada masalah cintan-cintun. Aku dengar masalah ikut situasi dan aku akan cari bahan rujukan.
Entri seterusnya aku akan senaraikan beberapa buah buku yang telah berjaya mengopekkan duit aku, sekian.
Assalamualaikum mina-san! ^^
Sempena entri ke-100 ni (baru nak masuk seratus dah kecoh), aku tak buat segmen apatah lagi GA. Cuma aku nak buat profil aka biodata aka biografi sikit la pasal aku. Aku yakin takde sesiapa yang akan baca tapi aku nak jugak taip. Tak kira aku nak taip jugak, tak kira tak kira tak kiraaaa..
SERIUS! Entri ni panjang.. so tarik nafas panjang-panjang dulu sebelum baca okeh.
Nama: Nur Nabihah binti Mohd Fazali
Tarikh lahir: 26 Februari 1994
Asal: Cheras, Selangor
Jenis darah: A
Bilangan adik-beradik: 5 orang (anak keempat)
Warna kesukaan: Hitam
Tinggi: 115cm / 3 kaki 7 inci (pendek kan)
Berat: Masih bawah 40kg (yang pasti dalam BMI aku tergolong dalam obesiti)
Hobi: Layan lagu rock
Kenapa nama blog Iha Zaliza?
Iha Zaliza adalah gabungan kepada nama aku, abah, dan mak.
Nabihah + Fazali + Haliza = Iha Zaliza :)
Untuk pengetahuan semua, aku bukan manusia biasa yang boleh memanjat macam monyet, yang boleh berlari macam budak sekolah nak balik rumah, dan aku jugak tak boleh merangkak macam bayi yang baru nak belajar merangkak. Aku cuma boleh baring, duduk, dan mengengsot. Ohh ada lagi, aku boleh meniarap dan bergolek, hihi.. bajet cun lettew..
Aku menghidap sejenis penyakit yang diberi nama Osteogenesis Imperfecta (OI), dalam bahasa orang Melayu senang nak faham ialah tulang rapuh. Penyakit OI ni terbahagi kepada 8 jenis, aku menghidap OI Type III.
Ciri-cirinya ialah:
*Tulang mudah patah dan berkemungkinan telah patah sebelum kelahiran (dalam kandungan)
*Kemungkinan besar gigi tak dapat tumbuh dengan penuh (sedih)
*Gigi hanya mempunyai satu lapisan berbanding dengan manusia normal yang memiliki 3 lapisan
*Mata berwarna biru laut (blue sclera)
*Ketinggian terbantut
*Ketebalan tulang tak sama seperti manusia normal
*Lepas patah tulang akan menjadi bengkok
*Kepala berbentuk segitiga (ehh aku bukan alien tau.. huhu..)
*Kemungkinan deria pendengaran akan hilang
*Mempunyai masalah pernafasan (jarang berlaku)
*Tulang dada / rusuk berbentuk seperti tong
Menurut ceita mak abah aku, dulu masa kecik aku tak boleh terkejut. Terkejut sikit boleh patah. Dengar bunyi kilat, dengar bunyi mercun, dengar bunyi pintu terhempas pun boleh patah. Lagi satu, aku dulu tak boleh dekat dengan orang lain. Biasa la waktu kecik, makcik-makcik yang tengok mesti rasa geram dan macam nak kunyah aku (perasan), jadi kalau pegang aku dengan kasar je boleh patah.
Rasa patah tu tak payah cakap la. Sakit derr.. nak menangis pun takut sebab dulu mak abah aku garang. Even sakit, aku selalu kena marah sebab nak disiplinkan diri aku sendiri dan tak mudah jadi anak manja. Marah pun guna mulut je, takde la sampai tangan ke pipi aku. Jadi kalau patah, aku akan diam sambil tahan sakit. Penangan takut kena marah punya pasal la ni, heheh..
Aku belajar duduk masa umur 9 tahun, aku belajar mengensot masa 15 tahun dan aku belajar uruskan diri sendiri masa 17 tahun. Dari segi fizikal aku memang lembab sikit. Semua kena mintak tolong orang. Dan selalu sangat aku rasa diri aku useless, sebab tu aku usaha perbaiki diri setiap tahun. Belajar jalan? Insya Allah..
Masa sebulan lepas lahir aku disahkan menghidap OI ni, doktor cakap tak ada rawatan dekat Malaysia. Doktor suruh tawakal ala-ala wait and see apa yang akan jadi kat aku bila besar nanti.
Tak lama kemudian, masa umur aku 5 tahun aku mula dapat rawatan kat HUKM (sekarang PPUKM).
Aku pesakit pertama dari Malaysia yang dijadikan sebagai eksperimen untuk mencuba kaedah rawatan Pamidronate. Bila ubat tu beri kesan positif, Pamidronate digunakan untuk pesakit senasib yang lain. Alhamdulillah.. ubat tu perantaraan je kan.. :)
Lepas tulang aku boleh nampak dekat x-ray (ketebalan tulang bertambah), pembedahan untuk meluruskan tulang kaki dan tangan yang bengkok pulak dilakukan. Pembedahan yang diberi nama Kebab Procedure juga berjaya dijalankan. Nama yang agak sedap, kaedah dia pun SEDAP jugak, patahkan tulang, buang tulang yang terlalu bengkok dan masukkan besi. Haa sedap tak sedap, hahaha.. sekali lagi aku rasa bangga menjadi pesakit pertama di Malaysia yang menjalani pembedahan tersebut.
Bukan bangga sebab riak, tapi bangga sebab rawatan ni makin meluas di Malaysia lepas aku jadi eksperimen.. :)
Kalau nak tanya berapa kali patah dalam seumur hidup, memang tak terkira.. lebih 500 la jugak.
Buat masa ni aku dah jalani pembedahan sebanyak 12 kali.
Sekarang? Alhamdulillah.. berkat Pamidronate, doa orang-orang tersayang dan yang paling penting sekali dari keredhaan Allah, kesihatan aku sekarang lebih osem dari dulu.. alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. aku makin gemuk berbanding dulu kurus kering dan makin senang nak main wrestling sebab tulang makin kuat. Hihi..
Tapi, kesihatan aku tak semestinya sentiasa baik. Sekarang agak menderita la jugak sebab tak dapat nak ambik Pamidronate lagi akibat cukup dos. Kalau ambik banyak-banyak nanti takut ada kesan sampingan lain pulak. Tapi sejak lebih setahun tak ambik ni kalsium aku makin kurang. Oh lupa nak cakap, tulang aku tak dapat serap makanan dan minuman yang mengandungi kalsium.
Sekarang aku tak dapat sambung belajar akibat susahnya nak berdikari, huhu.. Insya Allah, mungkin nanti nak ambik PJJ. Aku nak sangat sambung course kaunseling.
Kerja yang aku buat sekarang cuma jadi writer je, kadang-kadang datang idea nak compose lagu. Aku cuma reti main gitar SG dan Keyboard je, teringin nak main violin pulak tapi tak berkesempatan lagi.
Klik pada gambar untuk baca penulisan aku yang sedikit hampeh, hehe..
Gitu la serba-serbi-serbu tentang aku. Biodata ni akan diupdate dari semasa ke semasa.
Assalamualaikum, hey all!
Sebagai rakyat Malaysia, umum kita tahu bahawa sejarah negara kita suatu ketika dahulu pernah dijajah oleh orang Jepun.
Mana yang pernah berada pada zaman itu, SAH-SAH takkan bagi kita berkawan dengan diorang lagi. Kalau aku ada waktu tu pun akan cakap macam tu jugak.
Tapi, sejak negara kita merdeka dan memandangkan sekarang hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jepun terlalu baik membuatkan aku teringin kongsikan sesuatu kisah yang tak berapa menarik tapi WAJIB korang baca kalau nampak entri ni (ugut le pulak si Iha ni).
Sejak dari kecik (dari segi usia dan fizikal) dulu lagi aku pernah cakap, negara yang teringin aku lawati adalah Jepun. Bak kata mak aku, otak aku masih dijajah oleh negara luar, wuwuwu.. -_-
Sekarang ni kira dah kurang sikit tahap keobsesan aku terhadap negara matahari terbit itu. Kalau dulu, pantang nampak huruf J, E, P, U, N, mesti over gila aku nak ambik tahu. Mungkin sejak pandai pakai internet, so tak ada masalah kalau nak belajar apapun mengenai Jepun.
Aku ada kelemahan dalam bahasa Inggeris, sungguh tak dinafikan. Tapi aku BELAJAR jadi orang yang memahami English dulu kemudian baru belajar cara susun ayat. Kalau nak belajar sesuatu bahasa tu dengan cepat, hanya perlukan DUA cara sahaja. Ehh banyak cara sebenarnya, tapi nak tekankan cara paling mudah sekali.
1. Berkawan dengan orang yang TERAMAT fasih bahasa Inggeris. Pastikan dia fasih bahasa Melayu, kalau tak susah jugak nak translate nanti.
2. Sembang dengan WHITE PEOPLE (omputih) terus.
Dulu aku selalu cari kawan yang pandai speaking, kalau tak tahu maksud terus tanya diorang. Sekarang aku dalam proses gunakan nombor dua kat atas ni. Berinteraksi dengan mat saleh memang boleh membuatkan aku belajar bahasa Inggeris dengan pantas lagi tangkas dan lekas (saja ikut rima ayat).
Sebenarnya Bahasa Inggeris bukan point utama aku untuk tampilkan dalam kisah ni tapi konsep dia sama macam bahasa Jepun (nihongo) yang ingin aku sampaikan.
Mula-mula aku belajar jugak melalui drama dan lirik lagu Jepun. Lepas tu bukak belog-belog yang ada ajar bahasa tu sekali. Tapi akhirnya, aku cabar diri aku sendiri untuk menekan butang add pada mana-mana rakyat Jepun di Facebook.
Orang pertama aku kenal adalah Profesor di Universiti Meiji. Alhamdulillah, beliau tak sombong, siap bagi lagi kalau aku panggil dia uncle. Memandangkan dia profesor, jadi Uncle Hide ni bolehlah speaking dan kebanyakan status kat FB dia, mesti post dengan dwibahasa (Japanese-English).
Apa yang aku nak tahu mengenai negara dia mesti aku akan tanya direct. Memang best dapat berkongsi budaya dan bersahabat dengan rakyat yang berbeza negara.
Tetapi akhir-akhir ini, aku berkenalan dengan seorang wanita Jepun berusia 43 tahun.
Sedikit mencabar sebab beliau tak tahu bahasa Inggeris. Habis tu, botak la aku nak cakap dalam bahasa Jepun. Huhu..
Tapi aku cuba beralah, cakap yang basic dalam bahasa Jepun dan beliau pun berusaha taip dalam romaji. Bagus kan? Soalan yang buat aku terkesima kejap adalah:
ma-raion kireidesita matimo suigara kinsidakara kirei desuyone?
Dia dah tanya pasal menara (berkembar), aku pun cubalah promote negara kita. Terharu beb! Bila aku kenalkan diri yang aku ni rakyat Malaysia, automatik dia tahu pasal keistimewaan negara kita iaitu mengenai menara berkembar KLCC.
Lepas ni aku nak belajar bahasa Perancis pulak. Kawan-kawan blogger, doakan aku ya. Walaupun aku tak dapat sambung belajar buat masa ni tapi aku tengah berusaha belajar sendiri melalui internet. Ilmu itu luas, aku akan buktikan budak (budak kerr) macam aku ni pun boleh kejar kejayaan macam geng-geng sebaya yang lain.. :)