Assalamualaikum..
Macam yang pernah aku cerita kat sini, sepatutnya aku dah tak dapat nak ambik Pamidronate lagi sebab dah cukup dos. Tapi taktau la pasaipa haritu doktor ada call mak aku suruh aku admit ward dan ambik ubat tu balik.
Jadi, berlakulah kejanggalan setelah hampir 4+2-2 tahun tak masuk wad.
Ada ke yang nak baca panjang-panjang ni?
18 Mac 2015
Lepas setel sepahkan bilik + download beberapa buah filem kat komputer lejen ni, akhirnya aku tidur dalam pukul 3 pagi, Dah set jam nak bangun pukul 5:30. Konon-konon sempat nak solat, bersiap dan kemas baju. Sekali terlajak pukul 6 pagi! Alamak, dah nak subuh ni. Aku pun cuba bersiap selaju Flying Dutchman. Ambik je baju kemeja pink kat dalam almari pastu pakai instant shawl. Yelah, dah janji dengan abah nak gerak ke hospital lepas subuh (padahal mak kata gerak pukul 7.30 pagi).
Credit
Akak aku ada la tolong kemaskan beg aku. Dengan hensemnya aku antara yang paling awal bersiap sambil dok diam-diam tunggu mak, abah, dan adik aku bersiap.
Tiba-tiba, perut memulas.
Aku abaikan je, mungkin perut aku ni masuk angin kot. Sekali makin lama makin memulas dan pedih. Adoila, mesti nak suruh aku
Kesudahannya aku orang paling last sekali siap. Semua dah tunggu aku. Cis, jahat benau pelaburan ini. So kitorang gerak dalam pukul 8 lebih dan sampai kat hospital dekat pukul 10 pagi,
Bersiap tanpa bersolek.
Takkan masuk wad nak pakai mekap pulak.
Waktu ni tengah buat muka baik tunggu nama dipanggil.
Iklan: Cuba teka berapa umur mak saya??
Sempatlah jugak kitorang buat jejak kasih. Jumpa balik kawan-kawan senasib. Yang sorang tu dulu darjah 5, yang sorang lagi umur baru 2 tahun. Sekarang dah besar dah diorang. Aku pun dah makin tua.
Lepas tu nurse panggil kat bilik rawatan. As usual, aku kena ambik darah dan buat line sekaligus sebelum jumpa doktor. Ambik darah tu untuk periksa tahap kalsium dan gula dalam darah. Setline (masukkan jarum) pulak memang prosedur dia kena cucuk siap-siap kat klinik. Kat wad nanti tinggal tunggu nak masukkan ubat je.
Si adik sado yang tolong teman kitorang anak-beranak kali ni.
Kerusi roda kakak dia pun nak inteprem jugak.
Masuk dalam bilik tu, aku bagi senyuman manis bak gula-gula kapas 6 ketul kat nurse dengan doktor. Masa dia cucuk tu, darah tak keluar. Alaaa, jangan bengkak dah la. Pastu dia tarik sikit, dia masuk jarum dalam lagi. Aku tak kisah sakit cucuk tu, aku cuma kisah kalau urat bengkak je. Huhu.. pastu kali ketiga doktor tarik jarum tu sikit lagi sekali and then dia cucuk ikut arah lain pulak. Kali ni baru keluar darah. Legaaa makcik rasa.
Pastu laju pulak darah tu keluar. Doktor tu dah kelam kabut nak ambik tiub botol untuk letak darah tu. Aku tolong doktor apa yang patut, tahan jarum kat urat untuk hentikan darah kejap. Total ada la dalam 4 tiub darah diorang ambik.
Aku dah lapar! Puasa sejak pukul 12 tengah malam lagi. Dah tu dekat pukul 11 pagi.
Tok Adi pun bagi nasihat. Sangat mengharukan.
Lepas ambik darah, aku minum air 100 Plus mak aku. Baru minum seteguk, tiba-tiba aku teringat yang perut aku tadi baru lepas memulas. Terus berhenti minum. TERpaksa la tahan lapar sekejap. Pastu sorang pakcik ni (ayah budak yang sama penyakit macam aku) bagi yogurt. Aku pun sambut sambil tersengih. Sedapnya yogurt! Tapi tengok jelah yang den mampu, nak makan tak berani. Huhu..
Tak lama kemudian, perut memulas dengan lebih mengganas. Huwaaa, aku paksa tahan sambil hentak kaki sikit-sikit. Tiba-tiba nurse panggil lagi sekali suruh masuk bilik rawatan. Rupanya diorang nak ambik darah satu tiub lagi. Lantaklah diorang nak ambik darah ke apa ke, yang penting kejap lagi aku dapat
Ini antara dialog yang aku dengar masa tahan sakit perut:
Mak: Kita kena naik atas (masuk wad) terus ni. Tak boleh singgah mana-mana. Budak ni (aku) dah nak tercirit sangat.
Adik: Okey kita pergi cepat-cepat, dari tadi muka dia dah macam apa entah.
Najis sebegini sungguh annoying!
Masa ni mak tengah tolak wilcha aku selaju yang mungkin. Korang bayangkanlah situasi dia ibarat perempuan yang dah nak beranak naik atas stretcher dan staf tolak laju-laju macam dalam TV.
Kitorang akhirnya sampai ke wad 4E. Orang kata wad ni baru lagi. Wad bahagian respiratory kalau tak silap. TERjumpa SN (staff nurse) lejen. Kitorang sembang macam makcik-makcik kejap pastu aku dok kat katil.
Aku suka wad ni, walaupun wad 4E dikategorikan sebagai wad terbuka (open ward), tapi terasa sangat privasi dan SN pun taknak ganggu aku. Asalnya aku patut masuk wad 4A, tapi wad tu memang sentiasa katil penuh dan mungkin dikosongkan untuk sebarang kes kecemasan. Sejak zaman tok kaduk dulu lagi wad tu sentiasa penuh so aku tak heran dah. Kalau kat sana memang tak privacy langsung sebab wad tu tempat berkumpulnya medic students, doctors, specialist blablabla..
P/s: Aku tak sempat tangkap gambar wad 4E sebab aku fikir sakit perut nak o'ok je. Hahah.
Kesian budak ni, penat dia angkat beg akak dia yang banyak sangat.
3 hari punya barang dah sama banyak dengan bagasi orang nak pergi Mekah tau tak.
Aku tak makan lagi. Tengok jelaa adik aku makan nasi putih dengan ayam + mak aku minum susu kotak. Nak mintak tak berani, dah berapa kali buang air besar. Sebelum aku nak berhadas besar, SN lejen ada tanya aku a few questions sebab dia kata aku dah lama tak admit ward, mesti banyak yang dah berubah. Salah satu soalan yang dia tanya memang aku tak jangka iaitu:
Kegemaran?
Hah? Nak jawab apa? Aku dah la suka banyak perkara yang tak berfaedah. Jadi aku jawab satu je:
Surfing web
Aku jawab cenggini dengan harapan nanti hospital bagi wifi percuma dekat setiap pesakit xD
Tengah sedap berangan nak pergi 'membuang' dan menukar seluar, tiba-tiba langsir diselak. KJ (Ketua Jururawat)! Nasib baik KJ ni aku kenal sejak dia jadi SN yang paling pendiam dulu. Aku tersengih pandang KJ. Silap aku jugak sebab tak boleh nak tunggu SN tukar shift.
KJ: Nabihah tengah buat apa tu?
Aku: Err, dah nak melabur dah ni
(sambil tahan perut + tersengih, aku cakap je kuat-kuat sebab patient tak ramai)
KJ: Oo nak melabur ye. Jangan lupa tukar baju tau
Aku: Ok :D
Aku tau KJ suruh aku tukar baju sebab warna baju kitorang sama. Muahahaha. Tapi aku tak tukar pun, sebab aku tertinggal inner baju kat rumah. Kalau pakai baju hospital memang seksi la. Sweater pun tinggal. Entah aku pun taktau barang apa yang aku bawak sebenarnya, hahaha.
Adik dengan mak aku nak charge telefon depa. Aku cakap aku ada bawak 1 charger + 1 USB cable. Diorang pun memulakan sesi korek mengorek beg untuk mencari charger tersebut. Tak jumpa! Aku cakap macam mana boleh tak jumpa, aku dah letak laptop dengan charger dekat tempat yang sama. (that's why la pakai banyak beg, semua gajet makcik nak bawak).
Aku dah jeling charger katil sebelah. Silap-silap buat muka taktau malu mintak pinjam kat Aunty Mary (katil sebelah ni pun sama sakit macam aku jugak. Nanti aku cerita pasal depa pulak).
Aku dah tak tahan lapar, mintak kat mak nak minum air sikit. Nilah hasilnya, buruk lantak minum macam ni. Mak pun tak nak lepaskan peluang untuk merakam ketidaksenonohan anaknya yang buruk laku itu.
Tak lama kemudian, ada sorang doktor amoi ni nak tanya beberapa soalan pasal sejarah penyakit aku. Buat ke seratus lima puluh ribu tiga ratus kalinya aku menceritakan serba-sedikit kat doktor tersebut. Sebenarnya semua pasal penyakit aku dah ada kat dalam fail hospital. Dah rekod sejak tahun 1999 lagi. Cuma rajin atau tak je nak selak fail tu.
Tapi aku tak marah sebab doktor ni berbudi bahasa. Ceria je orangnya. Aku tak terfikir pulak nak tengok nama doktor tu macam yang selalu aku buat dulu. Bila dia nak buat regular check up kat badan aku. Dia pun mintak izin kat adik aku untuk tunggu kat luar kejap dan tutup langsir.
Aku tengah bergayut dengan kakak aku. Dan adik aku masih tidur....
Okey bab ni penting untuk korang baca (taip kemain panjang nak paksa orang WAJIB BACA pulak). Masa dia nak tutup langsir tu, aku perasan yang langsir dekat katil ni pendek sikit. Kira tak boleh tutup habis la. Puas doktor cina tu round 2-3 kali nak cuba tutup langsir ni sampai habis. Kesian pulak aku tengok, aku nak cakap 'dah ok tu' tapi aku tak tercakap. Cuma perhatikan je. Sekali dia pun lakukan sesuatu sampai aku tergamam. Dia pergi ambik langsir katil sebelah dan ikatkan sekali dengan langsir katil aku. Boleh kata takde ruang pun untuk langsir tu terselak.
Sumpah aku speechless. Kalau tak silap ni kali kedua aku dapat petunjuk macam ni kat hospital. Yang pasal 'petunjuk' tu aku akan cerita kat entri lain. Tapi yang pasti, aku malu dan terharu sangat when the non-muslim doctor is trying hard to cover me from anyone else. Agama lain, bangsa lain yang memahami kita. Agama sendiri, bangsa sendiri yang kadang tak peka.
Actually dia cuma nak periksa kaki, tangan dengan perut je.
Dengan kegigihan dia nak bukak stoking aku, aku rasa macam 'alahai kesiannya dia'.
Aku: Sorry Doctor, I pakai banyak lapis pakaian.
Doktor: Takpe takpe takpe takpe (aku tak faham kenapa dia sebut takpe sampai 4 kali), I yang patut say sorry sebab bukak sana bukak sini. Kesian you.
Aku: *speechless kuasa dua* It's okay, I faham.
Lepas siap periksa. Aku pun terlelap secara tak sengaja akibat rasa pening yang melampau + loya tekak. Fikir punya fikir, baru teringat yang aku tak makan lepas ambik darah 5 tiub kecik tu. Nak buat cemane, takut nak makan!
Keseronokan nak buat peace sampai terselak lengan baju kemeja makcik.
Abaikan adik makcik yang masih tido tu, haha.
Ubat dah masuk, YEAY! Tak lama lepas tu abah pun datang melawat aku kejap. Dengan manjanya mak suapkan aku makanan sikit. Aku makan dalam pukul 6 petang. Bayangkanlah puasa dari pukul 12 tengah malam. Kalau tak kurus tak tau laa..
Bila pakai mesin macam ni, kena hati-hati sangat nak bergerak. Takut mesin tu berbunyi dan melambatkan proses ubat masuk dalam badan. Tapi yang peliknya, aku tak gerak pun mesin ni dah tet tet tet. Rupanya bateri habis! Adoilaa, ni kes lupa nak switch on plug mesin punya pasal. Kihkih..
Good night ❤
Aku yakin takde sape nak baca entri ni. Panjang kot, tapi aku tak peduli. Aku saja simpan kat entri untuk dijadikan rujukan keturunan ke-23 nanti. :P
Bersambung..
Update 2 Nov 2019: Maleh aku nak sambung. Dah lupa π€£
Assalamualaikum..
Aku ni kan, nak keluar rumah pun tak lepas.
Inikan pulak nak ke CAPE TOWN tu haa. Memang tak laa..
Kalau boleh pergi shopping,
baik aku pergi kat negara-negara yang aku pernah cakap sebelum ni :D
Cape Town - Credit
Habis tu, nak pergi mana?
Ehem, macam biasa.
Nak ke satu tempat yang ada katil empuk dan makanan sedap-sedap.
Pastu siap ada tempat yang sejuk dan tempat bermain lagi. Kat mana la tu ek?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaa!
Credit
Lepas ni kalau ada masa nak cerita serba-sedikit percutian kat 'gambar atas' tu ye.
Assalamualaikum..
Sekali pandang, memang aku pelik apesal ada kertas hodoh ni kat dalam laci. Tangan dah nak campak kertas ni kat plastik sampah, tapi tergerak hati untuk tengok bila nampak tulisan sendiri. Baru sedar yang tulisan aku buruk, bhahaha..
Cuma aku tak pasti bila pembedahan yang ke-13 pulak. :D
Assalamualaikum..
Siapa tak kenal dengan Zach King? Kalau baru kenal, kira senasib la kita. Sebab aku pun baruuuu je kenal beliau beberapa jam yang lepas. Apa yang boleh aku cakap, aku dah mula minat dia.
TAPI, dia tetap tak sama taraf dengan bakal suami yang tak diluluskan oleh tok kadi ye.
Kelebihan yang ada pada mamat ni ialah cara dia edit video-video untuk buat semua orang terlopong sambil cakap wow, woah, fuyoo, fewitt, walaweh dan sebagainya. Even kita tahu dia banyak gunakan teknik ilusi dan software Final Cut Pro, tapi tetap susah kalau nak tiru macam apa yang dia buat.
Untuk yang tak pernah tengok lagi video beliau, cuba tengok sekejap.
Confirm korang ketagih nak tengok dan tengok lagi macam aku.
Antara gambar-gambar kat Instagram Zach King:
Takde ke menteri nak bagi gelaran Dato' Seri kat beliau?
(≧▼≦)
Walaupun saya keliru yang awak ni mat saleh ke Pakistan tulen,
tapi senyuman awak tetap manis.
Antara awak dan roti bakar, I'll choose both!
Aku dah follow, lambang cinta aku kat dia.
Bhahahahaa.
5 minutes later..
Done unfollow.
Bhahahahahahaaa.
Iklan: Masih sempat untuk sertai segmen ini.
Assalamualaikum..
Credit
Walaupun aku mempunyai sifat yang tak suka berjalan-jalan malah kadang-kadang cuma pergi bercuti ke tempat yang taklah jauh mana, tapi ianya bukanlah suatu alasan untuk aku berangan ala-alaMak Jemah Mat Jenin dalam memasang impian pergi melancong ke negara yang diingini. Selama ni, cuma ada 2 negara je yang aku nak pergi, tapi sekarang dah bertambah 3 negara lagi. Tahu tak negara apa?
1. Arab Saudi
Credit
Sebelum kita nak berangan pergi bercuti ke mana-mana negara, sebagai seorang muslim kita WAJIB menunaikan haji bagi yang dah berkemampuan. Bagi aku, walaupun aku sakit ke apa ke. kalau dah ada duit, In Shaa Allah aku memang nak ke sana. Benda baik mesti dipermudahkan. :) Lepas tu barulah boleh fikir nak pergi ke mana pulak. Afrika selatan ke, Somalia ke, kalau tak cukup duit boleh pergi yang dekat sikit macam Itali ke, Jerman ke, eh?
2. India
Credit
Untuk pengetahuan korang, India merupakan negara yang tak pernah aku fikir untuk dilawati. Terus terang cakap memang India bukan negara yang aku nak pergi sepanjang aku hidup. Tapi sekarang negara yang ada Taj Mahal ni dah jadi antara negara paling penting untuk aku pergi. Kenapa? Panjang ceritanya. Dah sampai masa, nanti aku akan cerita sampai korang hantar virus kat blog aku sebab bosan asyik cerita benda yang sama je. :P
P/s: Gigih aku pasang lagu hindustan masa taip entri ni. Waktu 12 tengah malam pulak tu. Sumpah feel habis. xD
3. Jepun
Istana di kampung bekas bakal suami aku, LOL.
Credit
Masa aku lupa daratan dulu, Jepun adalah negara PERTAMA dan WAJIB untuk aku pergi. Walaupun dah bukan jadi negara pertama yang aku nak pergi, tapi masih jadi antara negara yang aku nak pergi. Err korang faham ke tak ni?
Hari-hari aku asyik baca semua perkara pasal Jepun. Sebab tu exam aku banyak fail sebab suka baca benda yang tak masuk espiyem, HAHA. Tapikan, masa piyemar dulu, subjek yang paling tinggi score adalah sejarah sebab dalam sejarah ada cerita pasal pendudukan orang Jepun kat Tanah Melayu. Senang cakap cerita, lagu, agama, politik, bahasa Jepun, dan semua pasal Jepun aku ambil tahu.
Tapi sekarang 99.9% pasal Jepun aku dah lupa. HAHAHA. xD
4. Perancis
Credit
Boleh dikatakan baru je lagi aku minat tengok tempat-tempat kat Perancis ni. Asalnya aku minat sebab masa kecik dulu aku selalu kena bahan dengan family sebab tak boleh sebut R. Sekarang tak terasa dah sebab aku ada gengLisa Surihani. Jadi masa tu family aku cakap jangan rasa malu, sebab aku mesti boleh cakap bahasa Perancis. Lepas tu, baru-baru ni aku ada cuba satu kuiz. Kuiz tu nak test bahasa apa yang sesuai untuk kita pelajari. Bila dah cuba jawab kuiz tu dengan skema dan jujurnya, akhirnya aku dapat jawapan suruh belajar bahasa Perancis. So sekarang ni aku masih berjinak-jinak belajar sambil makan croissant. :D
5. Australia
Credit
Dulu Australia tak pernah ada dalam list aku untuk pergi melancong. Tapi sekarang rasa macam best pulak kalau dapat ke sana. Pemandangan cantik kot! Lepas tu kat sana boleh jumpa ramai orang Islam. Lepas tu lagi dapat jumpa Pak Kang dan Mak Ko. Lepas lepas lepas tu lagi, kat sana siap ada Persatuan untuk penyakit Osteogenesis Imperfecta pulak tu! Gila tak eksaited. Jadi rasa macam banyak sebab pulak untuk ke Austghaliya tu. :D
1:29AM, 23/2/2015:
Aku berubah fikiran untuk tambah 2 lagi negara yang ingin dilawati. Kikiki..
6. Sepanyol
Credit
Mungkin sebab pengaruh telenovela + lagu rock dari Sepanyol membuatkan aku agak tertarik nak ke sana. Lagipun kat Sepanyol ada sejarah Islam, mesti tambah menarik untuk dikunjungi kan. Err tapi sekarang ada la 10% je kot keinginan nak ke Espana ni, huahaha.. xD
7. Dubai (Emiriah Arab Bersatu)
Semua gambar Dubai kat atas ni Sendirian Berhad punya ye, bukan dari Google. Err tapi bukan aku la yang ambik, Orang lain yang tolong snap atas permintaan aku. Sampai menangis-nangis aku tau sebab kempunan nak tengok kecantikan kat sana, over sangat. Harap aku dapat la pergi sana sebab bila tengok kat dalam video call pun nampak indah sangat. Waktu malam terserlah dengan kemodenan kota tersebut. Waktu siang pulak sentiasa bersih. Memang susah nak cari sampah kat tepi jalan.
Ok tak tempat-tempat yang aku nak pergi ni? Cakap je lebih, entah-entah satu pun tak dapat nak pergi kot. Lagipun Zoo Negara pun aku tak lepas lagi, HAHAHAHA. Semoga satu hari nanti aku dikurniakan kesihatan yang baik dan ada rezeki untuk ke seloroh donia, Aamiin.
P/s: Kalau korang dah pernah pergi ke negara yang aku senaraikan kat atas ni, sudi-sudikanlah untuk berkongsi pengalaman dengan aku ye. Untuk yang tak pernah pergi mana-mana dan senasib dengan aku, cuba ceritakan impian korang pulak nak melancong ke negara mana.
Walaupun aku mempunyai sifat yang tak suka berjalan-jalan malah kadang-kadang cuma pergi bercuti ke tempat yang taklah jauh mana, tapi ianya bukanlah suatu alasan untuk aku berangan ala-ala
1. Arab Saudi
Credit
Sebelum kita nak berangan pergi bercuti ke mana-mana negara, sebagai seorang muslim kita WAJIB menunaikan haji bagi yang dah berkemampuan. Bagi aku, walaupun aku sakit ke apa ke. kalau dah ada duit, In Shaa Allah aku memang nak ke sana. Benda baik mesti dipermudahkan. :) Lepas tu barulah boleh fikir nak pergi ke mana pulak. Afrika selatan ke, Somalia ke, kalau tak cukup duit boleh pergi yang dekat sikit macam Itali ke, Jerman ke, eh?
2. India
Credit
Untuk pengetahuan korang, India merupakan negara yang tak pernah aku fikir untuk dilawati. Terus terang cakap memang India bukan negara yang aku nak pergi sepanjang aku hidup. Tapi sekarang negara yang ada Taj Mahal ni dah jadi antara negara paling penting untuk aku pergi. Kenapa? Panjang ceritanya. Dah sampai masa, nanti aku akan cerita sampai korang hantar virus kat blog aku sebab bosan asyik cerita benda yang sama je. :P
P/s: Gigih aku pasang lagu hindustan masa taip entri ni. Waktu 12 tengah malam pulak tu. Sumpah feel habis. xD
3. Jepun
Istana di kampung bekas bakal suami aku, LOL.
Credit
Masa aku lupa daratan dulu, Jepun adalah negara PERTAMA dan WAJIB untuk aku pergi. Walaupun dah bukan jadi negara pertama yang aku nak pergi, tapi masih jadi antara negara yang aku nak pergi. Err korang faham ke tak ni?
Hari-hari aku asyik baca semua perkara pasal Jepun. Sebab tu exam aku banyak fail sebab suka baca benda yang tak masuk espiyem, HAHA. Tapikan, masa piyemar dulu, subjek yang paling tinggi score adalah sejarah sebab dalam sejarah ada cerita pasal pendudukan orang Jepun kat Tanah Melayu. Senang cakap cerita, lagu, agama, politik, bahasa Jepun, dan semua pasal Jepun aku ambil tahu.
Tapi sekarang 99.9% pasal Jepun aku dah lupa. HAHAHA. xD
4. Perancis
Credit
Boleh dikatakan baru je lagi aku minat tengok tempat-tempat kat Perancis ni. Asalnya aku minat sebab masa kecik dulu aku selalu kena bahan dengan family sebab tak boleh sebut R. Sekarang tak terasa dah sebab aku ada geng
5. Australia
Credit
Dulu Australia tak pernah ada dalam list aku untuk pergi melancong. Tapi sekarang rasa macam best pulak kalau dapat ke sana. Pemandangan cantik kot! Lepas tu kat sana boleh jumpa ramai orang Islam. Lepas tu lagi dapat jumpa Pak Kang dan Mak Ko. Lepas lepas lepas tu lagi, kat sana siap ada Persatuan untuk penyakit Osteogenesis Imperfecta pulak tu! Gila tak eksaited. Jadi rasa macam banyak sebab pulak untuk ke Austghaliya tu. :D
1:29AM, 23/2/2015:
Aku berubah fikiran untuk tambah 2 lagi negara yang ingin dilawati. Kikiki..
6. Sepanyol
Credit
Mungkin sebab pengaruh telenovela + lagu rock dari Sepanyol membuatkan aku agak tertarik nak ke sana. Lagipun kat Sepanyol ada sejarah Islam, mesti tambah menarik untuk dikunjungi kan. Err tapi sekarang ada la 10% je kot keinginan nak ke Espana ni, huahaha.. xD
7. Dubai (Emiriah Arab Bersatu)
Semua gambar Dubai kat atas ni Sendirian Berhad punya ye, bukan dari Google. Err tapi bukan aku la yang ambik, Orang lain yang tolong snap atas permintaan aku. Sampai menangis-nangis aku tau sebab kempunan nak tengok kecantikan kat sana, over sangat. Harap aku dapat la pergi sana sebab bila tengok kat dalam video call pun nampak indah sangat. Waktu malam terserlah dengan kemodenan kota tersebut. Waktu siang pulak sentiasa bersih. Memang susah nak cari sampah kat tepi jalan.
Ok tak tempat-tempat yang aku nak pergi ni? Cakap je lebih, entah-entah satu pun tak dapat nak pergi kot. Lagipun Zoo Negara pun aku tak lepas lagi, HAHAHAHA. Semoga satu hari nanti aku dikurniakan kesihatan yang baik dan ada rezeki untuk ke seloroh donia, Aamiin.
P/s: Kalau korang dah pernah pergi ke negara yang aku senaraikan kat atas ni, sudi-sudikanlah untuk berkongsi pengalaman dengan aku ye. Untuk yang tak pernah pergi mana-mana dan senasib dengan aku, cuba ceritakan impian korang pulak nak melancong ke negara mana.
P/s II: Agak-agak kalau aku buat entri belajar bahasa-bahasa yang aku tahu (takdelah fasih tapi bolehlah sikit-sikit) korang okey ke? Boleh terima?